wan nur erina amira
I'm a girl who is travelling in His world. Seeking Allah's pleasure. I used to create a story about people I used to know and also my own story. Don't get offended. If you think you can't accept the way I am, then please back off. I am okay without you. I have Allah :) tweet Credits
| Nafsu atau iman?
Tidak salah jatuh cinta
Perasaan itu fitrah anugerah Allah
Tumbuh dalam diri setiap manusia..
Cuma
Seperti apa dan bagaimana
Kita mengemudikan perasaan cinta
Dengan jalan iman atau nafsu semata mata
Bila kita rasa
Hati tak tersengaja
'Tersangkut' pada sesiapa
Jangan mudah kata ianya cinta
Jangan terlalu melayan
Dengan asyiknya perasaan
Yang tak diundang, sebab
Sebab
Ianya akan memberi kesan
Kepada hati, hati kita
Mungkin
Terlalu memandang paras rupa
Wajahnya
Terkesima dengan gayanya
Terpesona dengan tuturnya
Katanya
Yang di dengar indah di telinga
Istighfar
Ya. Itu ubat mujarab
Taubatlah sebaik baiknya
Singkirkan perasaan bukan bukan
Doa.
Ya. Jalan terakhir bila mana kita rindu
Doa luah pada pemilik hatinya
Iaitu Allah
Bukan luah pada dia
Hah! Kata ahli agama
Jatuh cinta itu penyakit
Pernikahan sebagai ubatnya
Cinta
Siapa boleh kawal apabila jatuh cinta? Kalau dah jatuh cinta, jatuhlah juga.
Kadang kadang sebab terjumpa, ternampak atau sekadar mendengar cerita. Begitu peliknya cinta. Kenapa boleh jadi begini? Sebab cinta ini fitrah manusia. Manusia memang ada fitrah untuk mencintai dan dicintai.
Tetapi
Cinta itu hendaklah dibina atas dasar keimanan. Jangan cinta mengawal keimanan kita. Tetapi biarlah, keimanan kita mengawal cinta.
Sebab itulah, cinta itu perlu diiringi pengorbanan. Bukan korbankan maruah, harta atau masa untuk pasangan kita. Tetapi, kita kena korban kan masa, harta dan diri kita untuk tarbiyah diri agar kita bersedia membina keluarga yang diredhai Allah.
Inshaallah kita berada atas kebenaran. Jangan sisihkan rasa cinta itu, kawal cinta itu. Jika ada perasaan bimbang, cinta itu akan membuat kita terkeluar dari redha Allah. Itu tandanya kita mempunyai sensitiviti yang tinggi.
Cinta tidak salah.
Siapa yang mengharamkan cinta, dia yang sebenarnya mengharamkan fitrah manusia. Islam tidak turun untuk mengharamkan fitrah. Islam turun untuk mengajar manusia mengawalnya.
Sekiranya benar cinta, mesti kita mahu bersama hingga ke Jannah. Apa apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya.
|
0 Comments:
Post a Comment