|
wan nur erina amira
I'm a girl who is travelling in His world. Seeking Allah's pleasure. I used to create a story about people I used to know and also my own story. Don't get offended. If you think you can't accept the way I am, then please back off. I am okay without you. I have Allah :) tweet Credits
| Jauhilah perasaan buruk sangka.
Wahai ukhti Muslimah! Sesungguhnya seorang muslimah sejati itu tidak mudah menyangka buruk kepada sesama manusia. Tidak tergamak ia membiarkan khayalan dan fikiranya menyangka yang bukan-bukan kepada seseorang, padahal orang tersebut bersih dari apa yang disangkakan.
Firman Allah:
"Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa."
[Al-Hujarat 1:2]
Rasululluwah SAW mengecam dengan kerasnya bagi kaum muslimin yang berburuk sangka kepada sesama manusia. Sebagaimana sabda beliau:
"Awaslah terhadap buruk sangka, kerana sesungguhnya sangkaan itu adalah perkataan yang paling bohong."
Dari keterangan hadis Rasulullah SAW di atas ini, jelas memberikan peringatan kepada kita supaya kaum muslimin tidak mempunyai sangkaan buruk terhadap manusia lainnya. Rasulullah mengarahkan kepada kita supaya memandang perbuatan lahir manusia sahaja tanpa menggantungkan diri daripada prasangka. Sebab tidak ada yang mengetahui rahsia tersembunyi di hati seseorang kecuali Allah. Sementara manusia itu tidak ada yang dapat diketahuinya dari saudaranya kecuali yang lahirnya sahaja. Adapun tentang masalah batin, kita serahkan sahaja kepada Allah SWT.
Abdullah bin Mas'ud telah mendengar Umar bin Khattab RA berkata:
"Sesungguhnya ada seseorang yang dihukum berpandukan wahyu (wahuy yang menentukan baik atau jahat seseorang) di zaman Rasulullah SAW, dan pada saat sekarang wahyu telah berhenti, jadi kami hanyalah menghukum kamu menurut zahirnya sahaja perbuatanmu, barangsiapa yang lahir kebaikannya kepada kami, kami biarkan keamanan kepadanya dan kami hampirkan dia kepada kami dan kami tidak bertanggungjawab mengetahui rahsianya. Rahsianya akan dihisab oleh Allah SWT. Barangsiapa yang nampak kepada kami kejahatannya, kami tidak mempercayainya tidak memberi keamanan kepadanya walaupun dia berkata: "Hatinya dan rahsianya baik."
Oleh kerana itu, seorang muslimah yang bertaqwa, dirinya akan selalu waspada dari setiap perkaataan yang diucapkannya, berfikir panjang sebelum menjatuhkan hukuman atau keputusan. Ia selalu berpedoman kepada firman Allah:
"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya, sesungguhnya pendengaran, penglihata dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya."
[Al-Isra' : 36]
Justeru itu, seorang muslimah sejati mestilah patuh dan tunduk di hadapan hidayah ini, tidak bercakap, tidak bertindak tanpa ilmu dan tidak menjatuhkan hukuman melainkan dengan keyakinannya.
Lebih dari itu, dia akan merasa takut menuduh atau bersangka buruk kepada seseorang, kerana dalam hatinya selalu melihat malaikat yang sentiasa mencatit segala tingkah lakunya baik lahirnya mahupun batin. Sebagaimana firman Allah:
"Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada didekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir."
[Qaaf : 18]
Bagi seorang muslimah yang benar-benar mengerti dan menghayati ayat di atas ini, maka hatinya akan merasa gementar dan merasa takut dari mempertanggungjawabkan setiap patah perkataan yang dituturkan. Maka kita akan melihat dia berjaga-jaga dan waspada sebelum ia mengeluarkan perkataannya. Dia akan menimbang dan memikirkan terlebih dahulu masak-masak sebelum mengeluarkan satu perkataan. Kerana dia tahu dari ajaran agamanya bahawa kata-kata yang diucapkannya itu mungkin akan diredhaiNya atau akan mendapat kemurkaaanNya.
Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya seseorang yang mengucapkan perkataan yang diredhai oleh Allah SWT yang dia tidak menyangka bahawa kata-katanya itu akan mendapat keredhaan dari Allah, maka keredhaan untuknya dari Allah sampai hari kiamat. Dan seseorang yang mengucapkan perkataannya itu akan sampai ke mana-mana. Lalu Allah SWT memurkainya hingga hari kiamat."
[HR Imam Malik]
Dari itu wahai ukhti Muslimah, bersihkan hatimu daripada perasaan buruk sangka, kerana buruk sangka itu akan membawa kepada malapetaka.
|
1 Comments:
Alhamdullilah ! Best betul baca blog akak nie , semoga akak menjadi pendakwah yang berjaya kelak ! :*
Post a Comment