wan nur erina amira
I'm a girl who is travelling in His world. Seeking Allah's pleasure. I used to create a story about people I used to know and also my own story. Don't get offended. If you think you can't accept the way I am, then please back off. I am okay without you. I have Allah :) tweet Credits
| Fake Relay?
Ramainya orang yang update status:"Nak fake relay satu boleh?" "Siapa nak couple dengan saya?" "Nak pakwe satu! Anyone?" "Still single. Who want to be my couple?" Setiap kali aku baca status hampa, aku selalu buat mimik muka aku sewaktu aku buka penutup jamban di tandas awam. Bila orang cakap kau murah, kau selalu cakap, "kau bukan Tuhan nak judge² orang." Bila orang cakap kau gedik, kau selalu cakap, "setiap orang buat dosa. kau pun bukan perfect sangat." Bila orang burukkan kau, kau selalu cakap, "please don't bash me. setiap orang ada cerita masing². aku tak pernah sebarkan aib orang. kau tahu tak berdosa bila sebarkan aib orang?" Hakikatnya, walau apa jua pun ceritanya, awak tetap bersalah dalam hal ini. Awak tawarkan diri untok couple dengan orang lain? Tahukah pekerjaan apa yang serupa dengan perbuatan awak itu? PELACUR. Pelacur sahaja yang meminta² maruahnya dirobek. Malah, awak buat lebih teruk daripada pelacur. Pelacur tak meminta² di Facebook. Kalau awak ada 2000 friends di Facebook, maknanya awak meminta² kepada 2000 orang untuk maruah awak digadai. Awak ingat, bila awak buat benda tu, orang akan kata kau hot ke? Atau kau rasa, kau akan dapat pasangan terbaik ke? TIDAK. Orang akan mengata kau dan orang akan sentiasa memandang rendah terhadap awak. Pasangan yang akan couple dengan awak bukan orang yang baik, kerana orang yang baik takkan suka perempuan murah. Sedangkan orang yang kurang baik pun tak nak perempuan murah, apatah lagilah orang baik ye tak? Orang akan memandang rendah terhadap awak. Orang cakap kau murah, orang cakap kau desperate, orang cakap kau poyo, orang cakap kau jahat. Lepas tu kau kata mereka suka judge orang kan? Padahal, awak sendiri yang buat orang judge awak. Kalau awak tak buat, orang tak judge. Kalau kau tak buat, orang takkan keji. Jangan salahkan orang. Salahkan diri sendiri. Buruk sangat perangai tu. Bila kau sunyi, couple bukan penyelesaian. Awak ada mak ayah. Kalau tiada, awak ada kawan². Kalau tiada, awak ada orang sekeliling. Kalau awak tiada sesiapa, awak jadilah orang yang soleh dan solehah kerana Allah sentiasa ada untuk awak. Perangai yang buruk, ibarat tahi. Meminta² couple kepada orang itu adalah perbuatan buruk. Meminta² couple kepada orang dikhalayak ramai, maka berlonggok² tahi dicampak ke seluruh badan kau. Bila orang kata kau busuk, kau marah orang tu. Apa yang awak buat, sebenarnya awak perlu bersihkan semula tahi itu. Cara membersihkannya adalah dengan taubat dan tidak mengulangi perbuatan itu. Perjalanan masih jauh. Di universiti,di tempat kerja, di mana² yang awak akan berada, ramai lagi peneman sunyi. Kita nak couple, kena pastikan kita dah confirm nak kahwin dengan orang tu. Kalau setakat nak couple dua tiga bulan lepas tu clash, buang masa sahaja. Dahlah duit topup mak ayah bagi. Ingat sebelum terkena. |
0 Comments:
Post a Comment