wan nur erina amira
I'm a girl who is travelling in His world. Seeking Allah's pleasure. I used to create a story about people I used to know and also my own story. Don't get offended. If you think you can't accept the way I am, then please back off. I am okay without you. I have Allah :) tweet Credits
| Couple Islamik?
Assalamualaikum.
Sebuah mengenai 'islamic couple'. Sepasang kapel kononnya mengelarkan mereka adalah 'islamic couple'. Setiap hari hanya ber'sms' tentang islam. Kalau berhubung di talian pun hanya membicarakan tentang islam sahaja. Pasangan lelaki sentiasa memakai kopiah dan pasangan perempuan sentiasa menutup aurat. Tatkala ber'dating' pastinya ditempat khalayak ramai, sambil membaca al-quran bersama. Kalau makan pun di restoran sambil menunggu makan pasangan ini akan membaca Al-quran. Tibalah suatu hari ketika pasangan ini sedang meikmati juadah di restorang yang penuh dengan orang ramai, datang seorang mualaf cina yang baru memeluk islam meminta izin kepada pasangan ini untuk menumpang meja makan mereka kerana meja sudah penuh di restoran tersebut. Perbualan antara mualaf dengan pasangan lelaki pun bermula.
Muallaf: Wah hebatnya kamu berdua! Belum pernah saya melihat pasangan suami isteri yang sambil menunggu makan membaca al-quran.
Pasangan lelaki: Tidak kami bukan pasangan suani isteri, cuma kami adalah 'islamic couple'.
Muallaf: Biar betul? Kamu ni "Islamic Couple"?! *tertanya kehairanan*
Pasangan lelaki: Ya betul! Kami ni 'islamic couple'. Setiap hari kami akan mengingati masing-masing supaya tidak lupa solat! Bangun tahajud di malam hari! Baca Al-quran!
Muallaf: Wah! Saya teringat mula saya masuk Islam ternyata saya tak boleh meninggalkan makanan kegemaran saya iatu daging khinzir, sehingga seminggu pertama saya masuk Islam saya jatuh sakit kerana tidak memakan daging khinzir. Selepas keluar dari hospital saya ke kedai dan membeli seekor anak khinzir yang baru lahir, saya azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kirinya serta setiap hari saya akan membersihkannya, menyamak agar suci dan memberi makanan-makanan yang halal sehinggalah dia berumur 2 tahun maka saya sembelihkan khinzir itu. Ketika ingin saya menyembelih khinzir itu dihalaman rumah saya secara kebetulan seorang ustaz lalu dan berkata "Ah Chong apa yang kamu lakukan itu?" Maka saya jawab "Khinzir Islamik."
Dalam islam yang haram tetap haram. Begitulah kisah perkara yang haram tidak boleh dihalalkan, sekiranya couple ada di dalam Islam mengapa Allah menyuruh kita berkahwin? Padahal kahwin itulah sebagai jalan yang selamat apabila kita menyintai pasangan kita.
|
0 Comments:
Post a Comment