Caliph Of Allah
Home Twitter Follow Dash

wan nur erina amira


I'm a girl who is travelling in His world. Seeking Allah's pleasure. I used to create a story about people I used to know and also my own story. Don't get offended. If you think you can't accept the way I am, then please back off. I am okay without you. I have Allah :)

tweet

You wouldn’t throw away a diamond to pick up a rock. So, in the same way, don’t throw away the Akhirah by chasing the Dunya.

Credits

© Template design by Adila. Thanks for Base code by Atiqah. Edit by Azliza Ahmad.
Jalan dakwah
Monday, July 17, 2017 • Monday, July 17, 2017 • 0 comments



"Jalan dakwah ada banyak duri. Kalau terpijak, takpe. Allah ada. Allah akan pulihkan."


Kesat air mata.

Sahabat sahabat yang aku tak pernah bertemu. Yang tak pernah aku kenal.
Ada. Ada blog ada twitter ada facebook ada instagram ada wechat.
Untuk apa?

Untuk dapat Mardhatillah.
Untuk ajak orang lain masuk syurga reramai. Salah ke aku?

Salah ke aku memainkan jari jemari di atas keyboard itu untuk menarik minat mereka yang masih terkapai kapai?

Aku. Dulu pun begitu, Pernah terkapai kapai. Dilambung ombak.
Namun.
Hidayah Allah datang dalam pelbagai bentuk dan rupa.

Dulu. Aku terdetik untuk berubah. Pun dengan melayai laman blog Islamik.
Mula mula hati tertarik dengan gaya penulisan dia.

Lama-lama.
Hati ini bagai dicuit Hidayah Allah.

Aku pun ada terkesan dan tersentap dengan post dan tweet dakwah.

Hidayah Allah boleh datang dalam pelbagai bentuk.

Love is blind. So do hidayah Allah. Mencuit hati sesiapa sahaja. Dimana sahaja. Bila-bila masa. Dengan izin yang Maha Esa.

Lalu ku cuba. Aku cuba mengajak. Bukan memaksa.
Mereka mereka yang masih seperti aku yang dahagakan cinta Allah.
Yang merasakan jiwa mereka kosong.
Yang merasakan lifeless.
Untuk sama-sama berubah.
Mulakan langkah.
Kemana?
KeSyurga.


Sekali lagi aku. Aku tanya.
Salah ke aku?

Niat disalah erti. Allahuakbar. Allah Allah.
Aku manusia. Ada hati dan perasaan, bisa marah, bisa nangis.
Apa yang harus aku buat? Harus lakukan?

Semua entry dan tweet yang aku sampaikan. Ada maksud.
Bukan saja-saja. Bukan sekadar ingin meraih followers mahupun perhatian.

Aku ingin. Kita semua sedar dan insaf akan dunia yang kian nazak.

Iman kita. Gawat!
Kegawatan ini mungkin akan menjerumuskan kita ke neraka.
Tempat yang paling ditakuti. Azab Allah disitu.
Sungguh, aku tak sanggup.

Justeru..

Marratan ukhra aku tanyakan.
Salahkah aku berdakwah?
Cara aku. Gaya aku.
Mungkin ala-ala nak sama dengan orang lain.

Tapi..

Aku yakin. Destinasi kita sama.

Sepoyo mana pun seorang Dai'e itu.
Dia tetap inginkan Syurga.
Matlamat.
Raih cinta Allah.
Dan.
Ajak semua usaha nak masuk syurga.

Salah kah aku?

Dulu, aku seorang yang jahir. Sekarang pun mungkin.
Namun,
Aku, insan biasa . Yang bisa berubah.
Manusia yang secara lumrahnya sukakan kebaikan.
Memang. Ilmu aku hanya sedikit. Sedikit sangat.
Jadi, aku mencari, sambil memberi..

Salah kah aku?

Dosa yang lalu. Kenapa harus diungkit lagi?
Semua pendosa yang masih hidup di bumi Allah ini.
Layak untuk berubah. Punya hak.

Lantas. Siapa kau untuk menilai dan menghukum aku?
Kau. Aku. Kita semua. Punya dosa.
Beza kita.
Kembali ke pangkal jalan atau terus berjalan ke hujung dunia.

Syurga atau neraka. Aku pilih. Aku yang tentukan. Aku yang harus usahakan.

Kau tak punya hak. Untuk menilai. Untuk menghukum aku.
Yang punya hak itu, Allah.

Aku.
Tak hebat, Tiada kuasa.
Aku kuat kerana Dia.
Aku mohon ampun.
Aku tak bisa memuaskan hati semua orang.
Sekali lagi. Aku mohon ampun.
Dari hujung kaki ke hujung rambut.

Terima kasih atas segala cemuhan dan pahala free yang dipindahkan kepada aku.
Alhamdulillah.


Semoga sahabat sentiasa meredhai setiap langkahmu.
Wahai Sahabat Fillah.